Pengguna iOS kini berpeluang untuk memuat turun aplikasi iman Pro secara percuma untuk hari ini sahaja, 20 Februari 2026.
iman Pro merupakan aplikasi pemberitahuan solat minimalis yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, Muhammad Adiman. Ia menyediakan notifikasi azan yang tepat dan jadual solat lengkap, termasuk data rasmi tahunan daripada JAKIM, KHEU (Brunei), KEMENAG (Indonesia), MUIS (Singapura), serta badan lain seperti Fianz di New Zealand.
Sebelum ini, iman Pro tersedia di App Store pada harga RM9.90 untuk bayaran sekali sahaja. Berbanding versi percuma iman (ikon berwarna hijau), iman Pro menawarkan ciri tambahan seperti widget, sokongan Siri Shortcut, tema yang boleh diubahsuai, kemas kini lokasi secara latar dan fungsi lain yang memudahkan pengurusan solat harian.

Aplikasi ini turut menawarkan versi iman Pro Premium melalui langganan RM3.99 sebulan atau RM39.99 setahun. Namun begitu, bagi kebanyakan pengguna, iman Pro sahaja sudah mencukupi.

Bagi pengguna Android, aplikasi ini masih tersedia seperti biasa dan boleh dimuat turun percuma melalui Google Play Store.
{suggest}
