Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

Ibu Bapa Suka Menunjuk-Nunjuk Hal Anak Buka Ruang Jenayah Dalam Talian – Menteri

Diterbitkan Disember 17, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan amalan sharenting iaitu ibu bapa berkongsi berlebihan tentang anak-anak di media sosial boleh membuka ruang kepada jenayah dalam talian terhadap kanak-kanak.

Beliau memberi contoh ibu bapa yang mendedahkan maklumat persekolahan seperti pakaian dan lencana sekolah, yang boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Fahmi mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak bawah 13 tahun membuka akaun media sosial dan menasihatkan masyarakat lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat dalam talian.

Beliau turut mendedahkan kewujudan kumpulan dalam talian yang menyalahgunakan gambar kanak-kanak untuk tujuan tidak senonoh.

Beliau mencadangkan ikrar keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak diperkenalkan pada tahun hadapan sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan siber.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Ini 10 Aplikasi iOS Dan Android Percuma Paling Popular Di Malaysia
  • Saluran YouTube Jadi Sasaran Serangan Pancingan Data Perisian Hasad Windows

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY