Di acara IBM Think 2018, syarikat perkomputeran itu telah mempertontonkan sebuah komputer kecil, lebih kecil daripada butiran garam.
Walaupun bersaiz halus, ia mampu memberikan kuasa perkomputeran seperti cip x86 dari tahun 1990 dan hanya menelan kos pembuatan lebih kurang $0.10. IBM menyatakan ia dibina dengan ratusan ribu transistor yang membolehkan ia memantau, menganalisa, berkomunikasi serta mengoperasikan data.
Antara matlamat utama ia dibangunkan adalah untuk digunakan pada aplikasi matawang kripto. IBM juga menjanjikan penggunaan komputer kecil ini pada peranti-peranti dalam masa 5 tahun lagi.
Buat masa sekarang, para penyelidik sedang menjalankan ujian keatas prototaip komputer berkenaan.
Sumber: CIO Dive
Berkaitan
- RAM 16GB Dan Pengecasan 120W Mungkin Pertaruhan Xiaomi Selepas Ini
- iPhone 12 Dengan RAM 6GB Mungkin Diperkenalkan Tahun Ini
- Pengenalan Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Akan Diadakan Pada 3 Mei Depan
- Nombor Versi WiFi Kini Lebih Mudah Untuk Diingati
- OPPO F9 Warna Ungu Berlian Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
- Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Tidak Akan Terima Android 10
- Black Shark Magnetic Cooler Kini Di Malaysia Dengan Harga RM219
- Perkongsian Lokasi Google Maps Akan Paparkan Status Bateri
- Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB
- Gameband | Jam Tangan Pintar Untuk 'Gamer'