Dirasakan, pengenalan-pengenalan peranti yang dibuat itu tidak lengkap kerana Samsung Galaxy Fold yang menjadi tumpuan ramai masih belum muncul tiba.
Pertama kali dilancarkan kira-kira dua bulan lepas bersama-sama barisan siri Galaxy S10, Samsung Malaysia kini memaklumkan bahawa Samsung Galaxy Fold bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei ini.
Membawakan keunikan dari segi rekaan skrin Flex Display 4.6 inci apabila dilipat dan dibuka menghamparkan paparan 7.3 inci. Ia juga dilengkapi dengan 6 kamera yang terdiri daripada tiga kamera utama (16MP ultra-lebar+12MP sudut lebar+12MP telefoto), dwi kamera hadapan ( 10MP+8MP) serta lensa dibahagian luar (10MP).
Diperkasakan dengan cip Snapdragon 855, RAM 12GB ditemani storan dalaman 512GB, ia diletakkan pada nilai ~RM8000 ketika dilancarkan Februari lalu.
Namun begitu, harga jualannya untuk pasaran Malaysia belum diketahui lagi dan anda perlulah menunggu 3 Mei ini untuk maklumat selanjutnya.
Berkaitan
- Yeah Asia League Datang Ke Malaysia, Tawar Hadiah Wang Terkumpul RM20,000
- Galaxy Note 8 Dan Sony Xperia XZ1 Menyokong Penstriman HDR Netflix
- Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM799
- Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB
- Telefon Pintar Samsung Dengan Grafik AMD Radeon Dijangka Hadir 2021
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449
- Xiaomi Malaysia Cari 100 Peminat Untuk Rasai Mi Note 10 Lebih Awal
- Samsung Bakal Menutup Music Milk 22 September Ini
- Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model
- Harga Jualan Samsung Gear 360, Gear VR Dengan Controller, Dan DeX Station Untuk Pasaran Malaysia