Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design-10

Black Shark Magnetic Cooler Kini Di Malaysia Dengan Harga RM219

Diterbitkan Ogos 18, 2021 oleh Helmi Samsuri

Black Shark sedia menawarkan aksesori penyejukan untuk telefon pintar gaming mereka. Namun sebelum ini, ia hadir dengan rekaan klip yang memerlukan pengguna menyangkutnya disisi peranti.

Kini, Black Shark Malaysia mengumumkan Black Shark Magnetic Cooler sudah boleh dibeli pengguna tempatan.

Untitled design-9

Penyejuk magnetik ini berkemampuan berputar pada kadar 7200RPM, dan integrasi komponen dalaman berupaya mengurangkan suhu sehingga 23°C.

Untitled design-10

Sekiranya anda menggunakan siri iPhone 12, ia boleh dilekatkan terus pada belakang telefon. Sementara itu bagi peranti lain, anda perlu melekatkan pelekat magnet pengalir haba yang disediakan sebelum boleh menampal unit penyejuk ini.

Ini menjadikannya sesuai digunakan untuk hampir kesemua telefon Android, iPhone mahupun konsol permainan.

Untitled design-11

Dengan ini, Black Shark Magnetic Cooler boleh digunakan pada mana-mana peranti bersesuaian dipasaran, sama ada Android, iPhone, mahupun konsol mudah alih.

Untitled design-12

Black Shark Magnetic Cooler boleh dimiliki pada harga RM219 dan ditawarkan di Shopee serta Lazada.

Baca juga:

  • (Video) Samsung Galaxy Z Fold3 ‘Dibedah’, Perlihatkan Bahagian Dalaman

  • U Mobile Tawar Telefon Sokongan 4G VoLTE Dengan Harga RM0.99

  • iPhone 13 Dengan Storan 1TB Mungkin Diumum Pertengahan September Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY