Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Tidak Akan Terima Android 10

Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Tidak Akan Terima Android 10

Diterbitkan Mac 3, 2020 ยท Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh Helmi Samsuri

Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 kini sudah memasuki usia 3 tahun setelah pertama kali diperkenalkan pada 2017 yang lalu.

Pada awal pengenalan, kedua-dua peranti dioperasikan oleh sistem Android Nougat 7 dan kini sedia dinaik taraf kepada Android Pie 9.

Terdahulu terdapat ura-ura ia mungkin dinaik taraf kepada Android 10. Tetapi kini Samsung telah mengesahkan bahawa tiada lagi kemaskini naik taraf untuk dua peranti tersebut.

Ini adalah berikutan daripada polisi pengeluar yang hanya memberikan 2 kali naik taraf utama pada peranti yang ditawarkan. Ini bermakna, pemilik peranti tidak berkesempatan untuk merasai One UI 2.0 yang sedia dijalankan pada Android 10.

Kedua-duanya akan menerima kemaskini sekuriti tetapi tidak bagi naik taraf sistem operasi.

Sumber: Sam Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY