Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j

Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j

Diterbitkan Oktober 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh ariff bukhari

Hyundai Rotem, sebuah syarikat industri berat yang juga pengeluar rel terkemuka dari Korea Selatan telah mendedahkan rupa konsep bagi reka bentuk kereta api lahu berkelajuan tinggi masa depan.

Didedahkan buat pertama kalinya sempena pameran InnoTrans 2026 yang berlangsung di Berlin, kereta api berkelajuan tinggi generasi akan datang mereka ini mampu memecut sehingga 400 km/j dengan kelajuan operasi sebenar ditetapkan pada kelajuan 370 km/j.

Model ini menyerlah menerusi reka bentuknya yang moden dan mengutamakan penumpang, hasil kerjasama dengan Pusat Reka Bentuk Hyundai di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Namyang milik Hyundai Motor Group.

Bahagian luarannya menampilkan reka bentuk aerodinamik berasaskan biomimikri, yang diilhamkan oleh struktur tubuh organisma yang telah berevolusi untuk mengatasi rintangan udara dan air.

Prestasi aerodinamik turut dioptimumkan bagi mengambil kira keadaan operasi seperti rintangan udara dan gelombang tekanan yang terhasil pada kelajuan tinggi.

Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j

Sebelum ini, pada September lepas, Korea Railroad Corp. (Korail) bersama Hyundai Rotem secara rasminya telah pun melancarkan projek pembangunan kereta api berkelajuan tinggi generasi baharu EMU-370 yang mampu mencapai kelajuan reka bentuk sehingga 400 km/j.

Kereta api ini dijangka beroperasi pada kelajuan komersial 370 km/j, menjadikannya antara projek rel paling berprestasi tinggi di Korea Selatan.

Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
EMU-370 dijadualkan mula beroperasi di Semenanjung Korea pada tahun 2031. Berkelajuan 370 km/j, EMU-370 bakal mencatatkan kelajuan operasi komersial kedua terpantas di dunia.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha negara itu untuk membangunkan sistem rel berkelajuan tinggi kelas 400 km/j selain meningkatkan keupayaan operasi dan penyelenggaraan kereta api moden.

Setiap set tren akan terdiri daripada 16 gerabak yang dilengkapi teknologi terkini.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY