Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI WATCH D2

Huawei Watch D2 Dilancarkan Dengan Ciri Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori Pertama Di Dunia Pada Jam Pintar

Diterbitkan November 20, 2024 · Dikemas kini November 20, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia memperkenalkan tambahan terbaharu kepada peranti boleh pakai Health Forward dengan pelancaran HUAWEI WATCH D2 serba baharu.

Ia merupakan peranti pemantauan tekanan darah ambulatori (ABPM) berasaskan pergelangan tangan pro-level pertama Huawei yang juga meruapakan yang pertama di dunia untuk jam pintar.

HUAWEI WATCH D2
HUAWEI WATCH D2 adalah Jam Tangan Pintar Pertama di Dunia dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM) Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan (NMPA) dan Peraturan Peranti Perubatan (MDR)

Dilancarkan semasa acara Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI di Barcelona, Sepanyol, HUAWEI WATCH D2 yang diperakui perubatan CE (MDR) Eropah memberikan pengukuran tekanan darah tepat 24 jam, yang dikuasakan oleh Sistem HUAWEI TruSense serba baharu untuk hasil yang lebih pantas dan tepat.

HUAWEI WATCH D2 dilengkapi skrin berwarna bersaiz 1.82 inci yang tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Emas dengan kalis peluh.

HUAWEI WATCH D2

Pra-pesanan HUAWEI WATCH D2 yang berharga RM1,999 sudah pun dibuka sehingga Jumaat, 29 November 2024 di mana pembeli akan turut mendapat hadiah pra-pesanan eksklusif yang bernilai sehingga RM1,276.

Beli barisan produk Huawei dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clm0ffu
  • Lazada – https://invol.co/clm0fg2

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Siri vivo X200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599
  • Kelajuan Bagi Pelan Unlimited Yoodo Dinaik Taraf

Sumber: Siaran media Huawei Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
©2026 WISER.MY