Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
here wego

Huawei Umum HERE WeGo Di AppGallery Sebagai Alternatif Google Maps

Diterbitkan April 24, 2020 oleh Meor Hasyim

Dengan ketiadaan servis Google, ia sedikit sebanyak memaksa Huawei untuk hadir dengan versi aplikasi mereka tersendiri. Sehubungan dengan itu, untuk aplikasi peta contohnya, Huawei telah bekerjasama dengan TomTom untuk perkhidmatan pemetaan dan navigasi.

Namun, tidak disangka kerana secara mengejut hari ini Huawei telah mengumumkan aplikasi peta WeGo (HERE Maps) di gedung Huawei AppGallery. Untuk makluman, aplikasi HERE WeGo ini pada asalnya dibina oleh Nokia untuk platform Windows Phone dengan nama HERE. Kemudiannya aplikasi ini telah dijenamakan semula dengan nama HERE WeGo pada tahun 2016.

HERE WeGo Maps

Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah peta luar talian dan juga navigasi melalui suara. Aplikasi HERE WeGo ini bukanlah eksklusif kepada AppGallery kerana sebelum ini pun mereka sudah menawarkannnya di platform Google Play Store dan iOS App Store.

Dengan pengumuman peta HERE WeGo, belum dapat pasti sejauh manakah pembangunan mereka dengan servis TomTom. Namun jika aplikasi peta TomTom juga ditawarkan kelak, sudah tentu pengguna Huawei mempunyai lebih banyak pilihan alternatif peta dari servis Google.

Sumber: HERE WeGo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY