Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Sahkan Bateri Berkapasiti 4,000 mAh u

Posted on Oktober 6, 2017

Dalam membina momentum untuk peranti terbaru mereka yang bakal menemui pasaran, Huawei telah mengesahkan yang bateri berkapasiti besar, 4 000 mAh akan disertakan untuk peranti Huawei Mate 10 nanti.

Pengesahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini peranti Mate 9 telah pun menggunakan bateri berkapasiti yang sama. Huawei Mate 10 dijangka akan menjadi peranti premium terakhir yang akan dilancarkan untuk tahun ini.

Huawei berkata yang peranti terbaru mereka akan membolehkan pengguna menikmati penggunaan seharian hanya dengan satu kali pengecasan. Mate 10 dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Kirin 970 yang terbaru. Kirin 970 sebelum ini diwar-warkan Huawei sebagai cip unik mereka yang pertama dikhususkan untuk teknologi A.I.

Huawei akan mengumumkan peranti terbaru mereka di Munich, Jerman pada 16 Oktober ini.

#ThatFeelingWhen your battery lasts all day on a single charge…#HuaweiMate10 coming 16th October 2017. pic.twitter.com/m0zmyIDk5k

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) October 5, 2017

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress