Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate 60 pro

Antutu Sahkan Kirin Kembali, Dipasang Pada Huawei Mate 60 Pro

Diterbitkan Ogos 30, 2023 · Dikemas kini Ogos 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Huawei telah memperkenal Mate 60 Pro semalam secara dalam talian. Walaupun acara pelancarannya belum dilangsungkan secara rasmi, namun beberapa spesifikasi penting sudah dikongsi.

huawei mate 60

Kamera, kapasiti bateri, jenis skrin dan sebagainya didedahkan tetapi tidak untuk cip digunakannya.

Namun, Antutu kini telah mengesahkan bahawa Mate 60 Pro menggunakan Kirin 9000s. Ia mempunyai prestasi yang sesuai untuk dibandingkan dengan Snapdragon 888.

antutu kirin 9000s mate 60 pro

Kirin 9000s yang hadir dengan 12 teras (2+6+4) ini mendapat sebanyak 699,783 mata secara keseluruhannya.

12 teras ini terdiri daripada dua teras A34, enam teras A78AE yang diubah suai, empat teras A510. Frekuensi tertingginya ialah 2.62Ghz.

huawei mate 60

Menurut Antutu, ia dipasang dengan cip GPU daripada Huawei sendiri iaitu Maleoon 910. Antutu bagaimanapun tidak dapat mengujinya setakat ini akibat maklumat yang tidak disokong.

Geekbench pula mempamerkan markahnya Kirin 9000s ini tidak jauh beza dengan Kirin 900 sebelum ini.

Berkaitan

  • Tidak, Kirin Tidak Akan Kembali Tahun Depan - Huawei
  • Laporan Dedah Cip Kirin Mungkin Kembali Tapi Bukan Andalan
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit

Memang ada laporan sebelum ini mendedahkan yang Kirin akan kembali tetapi bukan sebagai cip kelas andalan.

Namun, Huawei menafikannya. Kini, ternyata penafian Huawei hanya sebuah sandiwara.

huawei mate 60

Tentang sokongan 5G, setakat ini tidak dapat disahkan secara rasmi apakah ia menyokong teknologi itu atau tidak.

Bahkan, ketersediaannya untuk pasaran global pun masih belum kita ketahui.

Jika anda mahu beli peranti daripada Huawei Malaysia, boleh laman rasmi mereka di Shopee atau Lazada.

KEMAS KINI 11:39AM: Antutu telah memadam/mengehadkan akses terhadap kiriman mereka di Weibo yang mengatakan Mate 60 Pro menggunakan Kirin 9000s.

Sumber: Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY