Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 5T Rasmi Dijual Pada Harga RM1599

Huawei Nova 5T Rasmi Dijual Pada Harga RM1599

Diterbitkan Ogos 27, 2019 · Dikemas kini Ogos 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Membuat kemunculan awal pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW2019) hujung minggu lalu, Huawei Malaysia sebentar tadi secara rasminya  mengumumkan ketibaan Nova 5T untuk pasaran tanah air.

Huawei Nova 5T Rasmi Dijual Pada Harga RM1599

Bagi pertaruhan kali ini, pengeluar melengkapkan Huawei Nova 5T dengan cip pemprosesan Kirin 980 bersama padanan  memori RAM 8GB serta 128GB (UFS 2.1) untuk ruang simpanan dalaman. Bahagian hadapan peranti pula menampilkan rekaan lubang yang dihuni kamera selfie 32MP. Rakaman belakang pula ditugaskan kepada 4 kamera terdiri daripada 48MP+16MP+2MP+2MP.

WhatsApp Image 2019-08-27 at 4.04.09 PM

Peranti hadir dengan panle paparan All-View-Display berukuran 6.26 inci yang menjanjikan kepuasan ketika menonton sebarang kandungan.

WhatsApp Image 2019-08-27 at 4.04.09 PM (1)

Bakal menjalankan sistem antaramuka EMUI 9 berasaskan Android 9, Nova 5T  dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 3750mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas SuperCharge 22.5W. Huawei menyatakan pengecasan bagi 50% hanya mengambil masa sehingga 30 minit.

WhatsApp Image 2019-08-27 at 4.03.44 PM

Rekaan belakang Nova adalah dari jenis  kaca 3D holografik dan ditawarkan dengan tiga pilihan Midsummer Purple, Crush Blue dan Black.

WhatsApp Image 2019-08-27 at 4.04.10 PM

Pra-tempah peranti ini akan dimulakan pada Khamis ini bersamaan 29 Ogos 2019 sehingga 5 September 2019 di Huawei Online Store.

Huawei Nova 5T Rasmi Dijual Pada Harga RM1599

Pembelian secara pra-tempah ini akan menyediakan hadiah bernilai RM325 seperti pembesar suara mini dan pengecas  SuperCharge dalam kereta.  Seperti penawaran terdahulu, jaminan 1 tahun tambahan  bagi pembelian dalam tempoh sehingga 31 September 2019. . Menariknya juga, Huawei Malaysia turut menawarkan program trade in mana-mana peranti Nova anda untuk dinaik taraf kepada Huawei Nova 5T. Jualan Nova 5T akan bermula pada 7 September depan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY