Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 3 Dibawa Masuk Ke Malaysia 11 Ogos Ini

Huawei Nova 3 Dibawa Masuk Ke Malaysia 11 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 7, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pertengahan Julai yang lalu, Huawei Malaysia telah mempertontonkan siri Nova baru untuk tahun ini iaitu Huawei Nova 3 dan Nova 3i.

Penjualan Nova 3i sudahpun bermula dan bakal menyusul menemui peminat adalah model “abangnya” Huawei Nova 3.

Nova 3 Red cover photo

Penawaran Nova 3 bakal dibuat pada 11 Ogos depan. Menampilkan warna menarik dengan penggunaan dwi tona dibahagian belakang, skrin Nova 3 berukuran 6.3 inci, dipacu dengan cip Kirin 970.

Ini merupakan kali pertama Huawei melengkapkan siri Nova dengan cip berstatus flagship.

Sistem memori menggunakan RAM 6GB dan storan seluas 128GB dengan. Menguatkan lagi peranti ini adalah tetapan dwi kamera di depan dan belakang. Dwi kamera belakang adalah 16MP dan 24MP sementara dwi kamera swafoto adalah lensa 24MP dan 2MP.

Didagangkan pada harga RM1899, bagi anda yang berminat boleh ikuti ulasan kami disini “Huawei Nova 3 – Peranti Zuhud Yang Mengikut Resmi Padi“.

Atau tonton video bedah siasat dibawah:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY