Connect with us

Berita

Huawei Menjelaskan Program “Exclusive Ownership” Siri HUAWEI Mate30 Pro

ariff bukhari

Ditulis

pada

Huawei Malaysia juga mengumumkan penganjuran HUAWEI Mate30 Series Referral Program.

Bermula semalam 25 Oktober 2019, pembeli terawal model terbaru telefon pintar premium Huawei Mate30 Pro telah pun menerima peranti idaman mereka itu. Pembeli terawal ini adalah mereka yang layak mengikuti program “Exclusive Ownership” yang terdiri daripada para pengguna model terdahulu Siri HUAWEI Mate.

Huawei menerusi Pengarah Pengguna Huawei Malaysia, Bill Liu menjelaskan, program khas tersebut diadakan bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka.

Ia dimaklumkan menerusi surat terbuka dari beliau kepada para pengguna di Malaysia.

Dalam surat terbuka itu turut memaklumkan bahawa buat pertama kalinya, Siri HUAWEI Mate30 kini dilengkapi dengan Huawei Mobile Services, menggantikan Google Mobile Services (peranti Huawei terbaru ini tidak lagi boleh menggunakan aplikasi dan servis dari Google termasuklah YouTube, Maps, Mail, Play Store dan lain-lain).

Jadi, pengguna Siri HUAWEI Mate30 mungkin akan memerlukan sedikit masa bagi menyesuaikan diri dan memahami perubahan yang sedang berlaku ini.

Bagi melancarkan lagi perubahan ini, pihak Huawei juga telah mewujudkan talian khas serta saluran eksklusif menerusi aplikasi WhatsApp khusus pemilik awal Siri Mate30 bagi memudahkan Huawei menerima maklum balas serta pertanyaan dari pengguna peranti tersebut.

Surat terbuka dari Bill Liu, Pengarah Perniagaan Huawei Malaysia.

Selain itu, dalam surat terbuka itu juga Huawei Malaysia turut mengumumkan penganjuran HUAWEI Mate30 Series Referral Program yang akan bermula dari 26 Oktober hingga 7 November ini.

Program ini memboleh mereka yang berminat untuk memiliki Siri HUAWEI Mate30 membuat tempahan awal menerusi laman muka khas HUAWEI Mate30 Series Referral.

Cuma mereka perlu mendapatkan nombor rujukan dari pemilik Siri Mate30 sedia ada sebelum dapat membuat tempahan awal peranti tersebut.

Pengguna yang menempah awal peranti ini juga akan menerima hadiah eksklusif secara percuma yang  bernilai RM656 yang terdiri daripada aksesori dan jaminan tambahan 1 tahun serta jaminan perlindungan skrin selama 6 bulan.

Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai rakan bagi mendapatkan nombor rujukan khas itu, mereka boleh menggunakan nombor rujukan peribadi Bill Liu sendiri iaitu 33995.

Cumanya, ia hanya sah digunakan dalam masa 2 hari sahaja iaitu pada 26 dan 27 Oktober 2019. Selepas tamat tempoh tersebut, mereka terpaksalah mendapatkan nombor rujukan dari pengguna lain Siri HUAWEI Mate30 bagi membolehkan mereka mengikuti Program Rujukan itu.

Untuk info lebih lanjut berkenaan program khas ini, layari laman FB Huawei.

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular