Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 40_3

Huawei Dijangka Perkenal Ciri Seakan ‘Dynamic Island’ Untuk Siri Mate 60

Diterbitkan Julai 21, 2023 · Dikemas kini Julai 21, 2023 oleh Amalina Athman

Huawei dilaporkan akan kembali memperkenal peranti dengan paparan berlubang berbentuk pil. Kali terakhir ia dilihat adalah dalam barisan Mate 40 dan P40 pada tahun 2020, dengan kamera swafoto ditempatkan di bahagian kiri.

Berkaitan

  • Rasmi, HUAWEI P60 Pro Berharga RM4699, Mate X3 Serendah RM8888
  • Huawei nova 11 Pro Berharga RM2599, Skrin Kunlun Dan Kemasan Kulit
  • Huawei Dilapor Akan Kembali Ke Pasaran Telefon 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Untuk siri Mate 60, Huawei dijangka akan memperkenal rekaan seakan “Dynamic Island” pada iPhone 14 Pro. Ini juga bermakna kali pertama Huawei akan melancarkan peranti dengan paparan berlubang berbentuk pil yang menempatkan kamera swafoto di bahagian tengah.

Huawei Mate 40_

Paparan ini akan dilengkapi dua kamera, dengan salah satunya mempunyai sensor 3D ToF.

Terdahulu, apabila Apple melancarkan dua model iPhone 14 Pro dengan rekaan itu, ia turut memperkenal ciri perisian Dynamic Island untuk menjadikannya lebih interaktif.

Bagi siri Mate 40, tidak hanya dari segi peletakan kamera, Huawei dijangka akan turut memperkenal ciri seakan sama, dengan menawarkan fungsi tertentu untuk mengoptimumkan rekaan itu.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY