Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei nova 11

Huawei nova 11 Pro Berharga RM2599, Skrin Kunlun Dan Kemasan Kulit

Diterbitkan Julai 6, 2023 · Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh Firdaus

Pada hari ini, HUAWEI merasmikan barisan telefon pintar terbaharu mereka untuk pasaran tempatan – Siri HUAWEI nova 11.

Untuk pengetahuan anda, siri nova 11 menawarkan 3 model yang menarik untuk anda pilih – HUAWEI nova 11 Pro, nova 11 dan nova 11i.

HUAWEI nova 11 ProHuawei nova 11

Model Pro dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G, memori RAM 8GB dan storan 256GB.

Peranti ini dilengkapi skrin lengkung OLED 6.78 inci beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan dilindungi Kunlun Glass.

Huawei nova 11

Selain itu, model Pro ini dilengkapi satu kemasan yang cantik – menghadirkan rekaan kulit nova Monogram Vegan di panel belakang.

Untuk kamera nova 11 Pro mempunyai tetapan 2 kamera depan dan swafoto – 50MP utama f/1.9 , 8MP ultra-lebar f/2.2 / 60MP ultra-lebar f/2.4 , 8MP potret f/2.2.

Huawei nova 11

Peranti ini disokongkan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0 100W dan menggunakan sistem EMUI 13.

HUAWEI nova 11

nova 11 yang standard juga guna cip Snapdragon 778G 4G, memori RAM 8GB dan storan 256GB. Peranti ini menawarkan skrin OLED 6.7″ beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Huawei nova 11 Pro Berharga RM2599, Skrin Kunlun Dan Kemasan Kulit

Seperti Pro, nova 11 mempunyai tetapan 2 kamera – 50MP f/1.9  utama, 8MP f/2.2 ultra-lebar dan 60MP f/2.4 ultra-lebar potret untuk swafoto.

Peranti ini juga disokongkan kapasiti bateri yang sama, 4,500mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge Turbo 66W dan guna EMUI 13.

HUAWEI nova 11i

Sementara itu, HUAWEI nova 11i dikuasakan cip Snapdragon 680, memori RAM 8GB dan storan berkapasiti 256GB.

Dan ia dilengkapi skrin LCD 6.8″ beresolusi 1080 × 2388p yang menyokong kadar segar semula 90Hz sahaja.

Huawei nova 11 Pro Berharga RM2599, Skrin Kunlun Dan Kemasan Kulit

Selain itu, nova 11i memberikan tetapan 2 kamera – 48MP F1.8 utama, 2MP F2.4 kedalaman dan 16MP F2.2 swafoto.

Namun, HUAWEI disokongkan bateri yang lebih besar, 4,900mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge Turbo 40W. Dan menggunakan EMUI 13 seperti model-model yang lain.

Harga dan Ketersediaan

Siri HUAWEI nova 11 akan tersedia diseluruh Malaysia bermula 7 Julai ini di semua HUAWEI
Experience Stores, laman web mereka dan platform pembelian atas talian.

WhatsApp Image 2023-07-06 at 3.27.07 PM
WhatsApp Image 2023-07-06 at 3.27.07 PM (1)
WhatsApp Image 2023-07-06 at 3.27.08 PM

Berikut adalah harga setiap model dalam siri ini:

  • HUAWEI nova 11 Pro – RM2,599
  • HUAWEI nova 11 – RM2,199
  • HUAWEI nova 11i – RM1,299

Sebarang pembelian yang dibuat bermula 7 hingga 23 Julai ini layak menerima hadiah percuma yang bernilai hingga RM219.

Beli Siri HUAWEI nova 11 di Shopee – https://invl.io/clj5vo9

Beli Siri HUAWEI nova 11 di Lazada – https://invol.co/clj5voi

Berkaitan

  • RedMagic 8S Pro Rasmi, Yang Pertama Guna Snapdragon 8+ Gen 2
  • Nubia Lancar Tablet 'Gaming', Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Bateri 10000mAh
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua
  • Tiga Model OPPO Reno10 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799
  • Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY