Seperti diwar-warkan sebelum ini, peranti ini hadir dengan skrin dwi-lengkung OLED bersaiz 6.39-inci dengan resolusi FHD+, sistem imbasan cap jari dari dalam skrin serta sistem cip pemprosesan terbaru HiSilicon Kirin 980 yang disokong oleh teknologi dwi-NPU.
Ia disokong dengan memori 6GB RAM dan ruang simpanan dalaman sebesar 128GB. Sekiranya tidak mencukupi, pengguna juga boleh menggunakan kad nanoSD yang diperkenalkan oleh Huawei.
Kehadiran tiga lensa kamera utama pada peranti ini bukan lagi rahsia. Ia hadir dengan lensa 40MP kamera utama, 20MP kamera ultra-wide dan 8MP kamera telefoto. Bagi kamera swafoto pula, ia didatangkan dengan lensa 24MP yang menyokong imbasan wajah 3D.
Seperti biasa, Huawei mendatangkan sokongan AI pada kamera peranti ini. Bezanya, kali ini ia bukan sahaja menyokong tangkapan gambar, malah turut dapat meningkatkan kualiti rakaman video.
Dari segi bateri, Mate 20 Pro ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar. Menariknya, peranti ini juga boleh digunakan sebagai panel pengecasan tanpa wayar, sekaligus membolehkannya berkongsi tenaga dengan peranti lain yang menyokong pengecasan tanpa wayar.
Selain itu, Huawei turut memperkenalkan pengecasan pantas baru 40W yang membolehkan Mate 20 Pro ini dicas sehingga 70% dalam masa 30 minit. Ia juga mempunyai pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia dengan 15W aliran kuasa.
Sama seperti Huawei Mate 20, model ini turut hadir dengan EMUI 9 berlandaskan Android 9 Pie. Bagi variasi warna pula, pembeli akan mempunyai lima pilihan warna untuk model ini iaituĀ emerald green, midnight blue, black, pink gold dan twilight.
Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat mengenai ketibaannya ke tanahair. Namun, berdasarkan beberapa laporan sebelum ini, Huawei dijangka tidak akan menunggu lama untuk membawanya ke pasaran tempatan.
Berkaitan
- Samsung Menerajui Takhta Liga Pasaran Telefon Pintar Suku Pertama 2017 Mengalahkan Apple
- Huawei Nova 3 dan Nova 3i Turun Harga, Kini Boleh Didapati Dari Harga RM 1,099
- Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu
- Huawei Mate 20 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Terpantas
- Ini Jawapan Huawei Mengenai Dakwaan Menggunakan Gambar Palsu Untuk Promosi Siri Huawei P30
- Kerajaan Amerika Syarikat Haram Penjualan Peranti Huawei Dan ZTE Di Kem Tentera
- Vivo X9 and X9 Plus Akan Tampil Dengan Dwi-Kamera 20MP dan 8MP
- Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik
- IFA 2016: TP Link Tampil Dengan Telefon Pintar Neffos
- Telefon Android Juga Bakal Kehilangan Headphone Jack