Huawei Kini Bersaing Dengan Diri Mereka Sendiri Di Pasaran China

Huawei merupakan syarikat telekomunikasi terunggul di China sejak sekian lama meninggalkan pesaing-pesaing mereka seperti Oppo, Vivo dan Xiaomi. Menurut laporan Canalys, Huawei memegang 27% daripada pasaran China jauh meninggalkan Oppo(21%) di tempat kedua.



Bagaimanapun, Huawei sebenarnya kini sedang bersaing dengan diri mereka sendiri. Ini kerana, jenama di bawah kelolaan mereka, Honor telah mengatasi jumlah jualan unit peranti yang direkodkan oleh pihak Huawei sendiri.

Selepas berakhir dua suku pertama untuk tahun ini, peranti Honor telah menyumbang 55% daripada jualan keseluruhan bagi jenama Huawei. Ia menandakan satu peningkatan yang ketara berbanding sumbangan sebanyak 33% yang dicatat pada dua suku sebelumnya.



Penganalisa Canalys, Mo Jia menambah, Honor juga telah mengatasi Xiaomi bagi pasaran peranti dengan harga mampu milik. Peranti Honor 10 telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan mereka memandangkan lebih 3 juta unit peranti tersebut telah terjual buat masa ini.

Adakah kita akan dapat melihat Huawei memberikan lebih banyak bajet dan sokongan kepada peranti keluaran Honor selepas pengumuman ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber