Persoalan mengenai model telefon pintar yang akan diperkenalkan itu hampir pasti sudah terjawab apabila kami menjangkakan peranti tersebut ialah Honor 8X. Ini kerana Wiser telah menerima satu jemputan ke satu majlis pelancaran pada 9 Oktober ini.
Dalam e-mel jemputan berkenaan, pihak Honor telah menggunakan frasa "Save The Date For Something Xtraordinary This 09.10.18".
Baca juga : Honor Beri Gambaran Peranti Baru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Frasa "Xtraordinary" turut digunakan dalam mempromosikan siri Honor X sebelum ini, dimana ia digelar Xtraordinary Series oleh pihak Honor.
Kredit : Honor
Honor 8X akan hadir dengan cip Kirin 710 serta memori sehingga 6GB RAM dan simpanan dalaman sehingga 128GB. Ia juga akan didatangkan dengan dwi-kamera utama 20MP+2MP serta lensa tunggal 16MP bagi kamera swafoto.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada model Honor 8X Max yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 636 akan turut dilancarkan dalam majlis sama atau tidak.
Ikuti Facebook rasmi Honor Malaysia atau teruskan bersama kami untuk perkembangan terkini.
Berkaitan
- Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja
- Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021
- Peluang Terakhir Untuk Anda Menjadi Duta HONOR & Menangi Wang Tunai RM3000
- Tangkap Gambar Haiwan Peliharaan Anda Dan Berpeluang Menangi Sebuah honor 10
- Xiaomi Mi 8 Terima MIUI 10 Dengan Android Pie Beserta Kemaskini Pada Kamera
- CIMB Tap n Pay Membolehkan Pengguna Android Terima Bayaran Dari Kad Debit
- Bilakah Telefon Android Anda Akan Menerima Kemaskini Nougat 7.0?
- Android Chrome Akan Letakkan Search Bar Di Bahagian Bawah Skrin
- HONOR 20 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Di London Pada Bulan Hadapan
- Honor Watch Magic : Fitness Tracker Yang Berselindung Didalam Sebuah Smartwatch