Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei P30 Pro Akan Hadir Dengan Kamera Periskop 10x Zoom Optikal Seakan Oppo

Posted on Januari 24, 2019

Huawei dijangka akan memperkenalkan model premium pertama mereka buat tahun ini, P30 Pro pada separuh pertama tahun ini.

Berikutan dengan itu, seperti biasa beberapa maklumat mengenai peranti berkenaan mula tertiris di atas talian.

Terkini, P30 Pro dikatakan akan hadir dengan sokongan kamera periskop 10x zoom optikal, seperti yang mahu diperkenalkan oleh Oppo dan akan menggunakan sensor 6-series terbaru dari Sony.

@OnLeaks

Selain itu, model keluaran terbaru Huawei ini turut akan dikuasakan dengan cip Kirin 980 serta sokongan memori sehingga 12GB RAM.

Bagaimanapun, Huawei dilaporkan hanya menawarkan pengecasan pantas 22.5W pada P30 Pro dan bukan 40W yang ada pada Mate 20 Pro.

Akan tetapi, semua spesifikasi di atas masih di peringkat ura-ura selagi masih belum disahkan oleh pihak Huawei sendiri.

 

Sumber: Playfuldroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress