Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Sasar Untuk Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Awal Berbanding Samsung

Huawei Sasar Untuk Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Awal Berbanding Samsung

Diterbitkan Julai 24, 2018 oleh Haikel Areff

Kami pernah melaporkan berkenaan perancangan Samsung untuk menghasilkan sebuah peranti Android boleh lipat, Samsung Galaxy X pada tahun hadapan. Huawei nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam mengeluarkan peranti dengan teknologi yang sama, menurut laporan Nikkei Asia.

Malah, menurut laporan berkenaan, Huawei mensasarkan untuk melancarkan peranti tersebut lebih awal berbanding pesaingnya itu. Peranti itu dikatakan akan menggunapakai panel skrin fleksibel LED yang akan dibekalkan oleh syarikat BOE Technology Group.

Huawei Sasar Untuk Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Awal Berbanding Samsung

Syarikat yang berasal dari China itu sebelum ini dilaporkan akan membekalkan panel skrin bagi kegunaan peranti Huawei secara besar-besaran. Antara peranti terawal yang dijangka akan menggunakan skrin daripada BOE ialah Huawei Mate 20 Pro.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa keluaran pertama bagi peranti boleh lipat yang belum dinamakan ini mungkin berjumlah agak kecil iaitu pada 20,000 – 30,000 unit sahaja. Namun, sekiranya mendapat sambutan ramai, mereka pasti akan meningkatkan jumlah pengeluaran selepas itu.

Huawei Sasar Untuk Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Awal Berbanding Samsung

Walaupun ciri ini menjadi antara ciri yang dinantikan oleh pengguna telefon pintar, daya tahan sesebuah peranti boleh lipat masih menjadi tanda tanya setakat ini. Samsung sebelum ini mendakwa, model Samsung X mereka mampu bertahan sehingga 20,000 kali lipatan.

Sama-sama kita nantikan kelahiran semula peranti boleh lipat ini selepas sekian lama meninggalkan kita sejak ciri paparan skrin sesentuh diperkenalkan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY