Kenapa Facebook Di Larang Di China- Ini Sebabnya

Tahukah anda bahawa di China tidak ada Facebook. Bukan setakat Facebook, di China juga tidak ada Google, Twitter dan beberapa laman web popular di dunia yang lain. Negara China merupakan negara yang memiliki aturan yang ketat dalam hal penyebaran informasi media.

Antara sebab mengapa laman seperti ini dilarang penggunaanya di China adalah atas sebab sekuriti dan keselamatan. Seperti yang diketahui, bukan susah untuk mendapatkan sebarang informasi melalui media digital seperti Google dan media sosial yang lain.

Secara tidak langsung ianya juga memberikan informasi kepada Google tentang trend di setiap negara. Ini membuatkan mereka pemegang sumber informasi dunia. Oleh sebab yang demikian, kerajaan China mengambil langkah untuk menyekat syarikat media gergasi dunia mendapatkan maklumat dan info tentang negara mereka.



Di China, Facebook mula dilarang pada Julai 2009 berikut rusuhan 'Ürümqi' kerana aktivis kemerdekaan Xinjiang menggunakan Facebook sebagai sebahagian daripada rangkaian komunikasi mereka. Sesetengah pengguna Cina juga percaya bahawa Facebook tidak akan berjaya di China selepas masalah Google China.

Rangkaian sosial popular Renren (dahulunya Xiaonei) mempunyai banyak ciri-ciri yang serupa dengan Facebook, dan mematuhi peraturan-peraturan kerajaan mengenai penapisan kandungan. Twitter disekat di China; Walau bagaimanapun, ramai orang Cina tetap menggunakannya secara diam-diam.

Di China mereka menggunakan Weibo iaitu klon Facebook, Renren klon Twitter dan Youku klon Youtube.

Sumber