Huawei Tampil Pula Dengan Model Y5 2017 Memfokuskan Pada Model Kelas Pertengahan

Huawei hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Y5 2017 menerusi laman web mereka. Pelancaran ini juga dilihat mengejutkan bagi peminat kerana Huawei sebelum ini langsung tidak mengumumkan apa-apa tentang peranti ini.

Huawei-Y5-2017-1491326794-1-0

Telefon ini mempunyai skrin 5 inci bersama resolusi 720p bersama sensor 8MP pada kamera utama dengan aperture f/2.0. Peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan 4 teras MT6737T  yang disukat pada kelajuan 1.4GHz.

Smartphone-Huawei-Y5-2017-1024x576-d2fbfd0b6ea93de4

Kamera selfie pula bersaiz 5 MP dan emmpunyai sokongan penglihatan 84-darjah yang membenarkan keupayaan wide-angle semasa mengambal selfie secara beramai-ramai. Kapasiti bateri pula adalah sebesar 3000mAh. Cukup besar untuk peranti berkuasa kecil seperti ini.

gsmarena_003

Y5 2017 juga memiliki RAM bersaiz 2GB dan storan dalaman sebanyak 16GB. Pengguna boleh menambah storan dengan menggunakan slot microSD kalau tak cukup. Seperti biasa peranti ini akan dijalankan dengan sistem operasi EMUI 4.1 bersama Marshmallow 6.0.

Peranti ini dijangka akan dipasarkan dengan harga RM 580-RM600 bermula pada hujung April ini.

Sumber