Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka

GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka

Diterbitkan Mei 18, 2018 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Haikel Areff

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa peratusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST)  akan diturunkan daripada 6% kepada 0%. Dalam kata lain, bermula 1 Jun ini tiada lagi GST akan dikenakan kepada rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dua syarikat terkemuka yang beroperasi di Malaysia, Acer dan Huawei telah mengambil langkah untuk menawarkan diskaun 6% untuk pembelian produk mereka. Pengumuman itu telah dibuat melalui akaun rasmi Facebook masing-masing.

GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka

Kredit: FB Acer Malaysia

Bagi Acer, pengumuman berkenaan diskaun itu telah dibuat di Facebook Acer Malaysia. Acer menawarkan diskaun tersebut kepada semua produk keluaran mereka selama lebih kurang dua minggu iaitu bermula pada 16 Mei sehingga 31 Mei ini. Untuk perkembangan lanjut perkenaan tawaran ini, anda boleh ikuti akaun rasmi Acer Malaysia di Facebook.

GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka

Manakala bagi pihak Huawei Malaysia pula, diskaun 6% itu akan diberikan kepada produk-produk terpilih dari 18 Mei-31 Mei, temasuklah peranti perdana mereka Huawei P20 dan P20 Pro. Peranti lain yang terpilih antaranya termasuk Mate 10 Pro dan Nova 3e. Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai peranti yang terpilih, anda boleh kunjungi gerai jualan Huawei yang berhampiran.

Kemungkinan besar beberapa syarikat lain akan turut mengikuti langkah yang diambil oleh Acer dan Huawei pada masa terdekat. Sama-sama kita nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY