Karnival ini boleh dikatakan sangat berjaya bagi pihak Huawei di mana mereka telah mencatatkan peningkatan sebanyak 93% bagi jumlah jualan hujung minggu mereka. Bagi mereka yang telah membeli produk keluaran Huawei antaranya P20 Pro dan Mate 10 di gerai jualan mereka yang terpilih, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Kredit : Huawei
Pembeli peranti yang terpilih akan diberikan satu borang untuk dilengkapkan dan perlu menjawab dua soalan mudah bagi melengkapkan penyertaan mereka. Borang berkenaan akan dihantar kepada pihak Huawei dan penyertaan mereka akan diproses.
Pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan melalui laman rasmi Facebook Huawei Mobile Malaysia pada 29 Jun ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada peserta, pastikan anda lawati laman Facebook mereka pada tarikh berkenaan.
Anda terlepas peluang untuk menyertai pertandingan 'Huawei Carnival 2018' ini? Jangan risau. Anda masih berpeluang untuk menyertai satu lagi pertandingan iaitu 'Gaya Raya Bersama Huawei' yang masih lagi berlangsung sehingga 17 Jun nanti. Hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik, antaranya ialah pakej percutian 4 hari 3 malam ke Tokyo Disneyland atau Bali, Indonesia. Jangan lepaskan peluang anda!
Sumber
Berkaitan
- Kemaskini 4.55 PS4 Hadir Dengan Membaik Pulih Masalah Sambungan Internet
- Nokia Akan Keluarkan Dua Telefon Pintar Baru Mereka September Ini.
- Rekaan Baru Skype Dikritik Hebat Oleh Pengguna
- Xiaomi Mi Mix 3 Kemungkinan Dilancarkan Pada Pertengahan September Ini
- Facebook Dating Kini Sedang Dalam Proses Percubaan
- Samsung Mengumumkan Secara Rasmi Peranti Mampu Milik Dengan Skrin AMOLED
- Asus ROG Glacier Blue, Utamakan Keselesaan Pengguna Dan Sistem Penyejukan Pintar
- Realme Beri Gambaran Pelancaran Model Realme 3
- Vivo Memperkenalkan V7, Variasi Kedua Selepas V7 Plus- 24MP Kamera Selfie Dan Paparan Full View
- Oppo F9 Warna Merah Jambu Disenarai Dalam Pensijilan TENAA