Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Enjoy 8 – Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris

Huawei Enjoy 8 – Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris

Diterbitkan Februari 22, 2018 · Dikemas kini Februari 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Badan kawal selia China, TEENA dilapor sudah memberi pengesahan kepada dua model keluaran Huawei dengan nombor kod  LDN-TL10 dan LDN-TL20.

Berdasarkan spekulasi yang dibuat sebelum ini, model-model tersebut dipercayai variasi kepada Huawei Enjoy 8 tetapi dari segi rekaan luar serta spesifikasi, ia dilihat mirip kepada Honor 7C.

Huawei Enjoy 8 – Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris

Enjoy 8 memperagakan skrin paparan bersaiz 5.99 inci yang mampu menghasilkan resolusi 720 x 1440 piksel. Dikuasakan dengan pemprosesan 8 teras 1.4 GHz dengan dua pilihan memori, RAM 3GB/ 32GB atau RAM 4GB/ 32GB.

Kedua-duanya mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD.

Panel bahagian belakang mempamerkan tetapan dwi kamera dan dijangka menggunakan kamera 13MP bersama 8MP. Sementara itu untuk kamera swafoto ia sensor 8MP menghiasi bahagian hadapan.

Huawei Enjoy 8 – Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris

Bakal ditawarkan dalam empat warna, Hitam, Emas, Biru, dan Ros Emas, peranti ini dijana dengan bateri 2920mAh dan pelancarannya mungkin berlangsung pada suku kedua tahun ini.

Sumber: TEENA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY