Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shangjie H5

EV Mampu Milik Huawei Terima Lebih 25,000 Tempahan Dalam 1 Jam

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

SAIC Motor dan Huawei telah mula membuka tempahan awal Shangjie H5, model EV SUV pertama di bawah jenama kenderaan elektrik baharu mereka yang dikenali sebagai Shangjie.

Menyasarkan pasaran mampu milik, EV Shangjie H5 ini ditawar pada harga bawah CNY200,000 (~RM118,000).

Shangjie H5 adalah berdasarkan platform Xingyun SAIC dan dibangunkan daripada model Roewe ES39.

Ia ditawar dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV).

Untuk versi EREV, apabila dengan petrol dan bateri dicas penuh, ia memberikan julat melebihi 1,300 km.

Untuk versi bateri sepenuhnya pula, Shangjie H5 BEV menawarkan dua pilihan pek bateri dengan kapasiti 64.6 kWh dan 80 kWh yang  memberikan jarak masing-masing 535 km dan 655 km.

Model  ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada 23 September ini akan dilengkapi dengan HarmonyOS dan sistem pemanduan pintar ADS 4.0.

Shangjie H5
H5 menerima lebih 25,000 tempahan dalam masa satu jam selepas pra-jualan dibuka.

SAIC dan Huawei melabur besar dalam projek ini dengan lebih 5,000 tenaga teknikal, serta sedang membina kilang khas di Shanghai.

Pelancaran ini juga menandakan langkah strategik Huawei memasuki pasaran EV di mana sistem pintar HIMA (Harmony Intelligent Mobility Alliance) setakat ini telah tersedia di lebih 900,000 kenderaan, dan menyasarkan lebih 1 juta unit menjelang Oktober ini.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • (Video) EV BYD Kini Yang Terpantas Di Dunia, Pecut Lebih 470Km/j
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Sumber: CnEVPost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY