Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD EV

(Video) EV BYD Kini Yang Terpantas Di Dunia, Pecut Lebih 470Km/j

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

BYD, melalui jenama premiumnya Yangwang, telah memecahkan rekod dunia kelajuan tertinggi bagi kenderaan elektrik (EV).

Menerusi model EV dua pintu U9 Track Edition berprestasi tingginya, di litar ujian ATP Automotive Testing Papenburg, Jerman, kereta itu mencatat kelajuan 472.41 km/j.

Kelajuan itu sekali gus mengatasi rekod yang dipegang sebelum ini oleh Rimac Nevera (412 km/j) dengan perbezaan sebanyak 60 km/j.

Rekod baharu ini dilakukan oleh pemandu Jerman, Marc Basseng.

BYD EV yangwang u9

U9 Track Edition dilengkapi quad-motor 2,200 kW (2,978 HP) dengan seni bina 1,200 V, motor berputar lebih 30,000 rpm, serta teknologi Silicon Carbide power chips untuk kecekapan tinggi.

Ini menjadikannya EV paling berkuasa di dunia setakat ini, mengatasi hypercar elektrik lain seperti Rimac Nevera dan Lotus Evija (~1,500 kW).

Model pengeluaran standard U9 boleh memecut 0-100 km/j dalam 2.36 saat, menggunakan bateri bilah BYD 80 kWh yang memberikan julat sekitar 370–450 km, serta menyokong pengecasan pantas 30 ke 80% dalam 10 minit sahaja.

Model standard U9 dijual dengan harga bermula sekitar A$232,000 (~RM720,000) di China, manakala Track Edition  pula dijangka jauh lebih mahal kerana prestasi luar biasa ini.

Pengumuman lanjut mengenai model produksi hypercar berdasarkan Track Edition ini dijangka akan diumum dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
  • Rimac Nevera Pecah Rekod Dunia Kereta Mengundur Terpantas Pula
  • BYD Akan Lancar YangWang U9, EV Berkuasa Mampu 'Menari' Dan Pecut 0 - 100km/j Dalam Masa 2 Saat
  • BYD Yangwang U9 Tanpa Pemandu Diperlihat Mampu Melompat Halangan Jalan Berlubang
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY