Kita sedia maklum Huawei menerima tekanan perdagangan, dikenakan Amerika Syarikat sejak Mei lepas yang mengganggu penawaran peranti secara global. Pada pertengahan November lalu, Taiwan pula mengambil langkah menyekat penjualan tiga model pengeluar dari China itu. Hal ini adalah berikutan peranti memaparkan perkataan "Taiwan, China" pada tetapan zon masa dan hubungan. Kini menerima nasib sama adalah siri terbaru Mate 30 Pro yang sepatutnya dilancarkan pada 23 November.
Melalui perkongsian Facebook Huawei Taiwan, pelancaran siri Mate 30 Pro dan Huawei Watch GT 2 dibatalkan kerana isu bekalan dan tidak menerangkan lebih lanjut mengenainya. Dinyatakan bayaran semula akan dibuat untuk pembeli yang membuat pra-tempah Mate 30 tersebut.
Sementara itu, sekatan yang lebih awal dibuat keatas tiga model akan diteruskan selagimana pihak Huawei tidak mengeluarkan kemaskini bagi mengubah perkataan tersebut.
Ketegangan politik antara dua negara sudah berlanjutan sekian lama berikutan isu tuntutan Beijing bahawa Taiwan merupakan salah satu wilayah mereka. Menggarap laporan Nikkei Asian Review, di China mana-mana perniagaan yang menunjukkan Taiwan bebas daripada negara itu akan menimbulkan kemarahan pengguna. Berdasarkan pegangan pasaran Huawei di Taiwan, pengeluar itu hanya memiliki 4% berbanding pesaing seperti Apple yang memegang 40% pasaran.
Sumber: Nikkei Asia Review
Berkaitan
- Lenovo Yoga C630 - Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam
- Lagi Gambar Rekaan Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Boleh Guna Ciri VoWiFi Bermula 30 Januari Ini
- Realme 3 Dilancarkan, Hadir Dengan Bateri 4230mAh dan Helio P60
- Huawei Perkenal Huawei Mate 20X - Menyasarkan Kepada Pemain Mudah Alih Dan Mempunyai Sokongan Stylus
- Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?
- Infinix Malaysia Umum Tarikh Pelancaran Tiga Model Baru Dari Siri Hot 30
- Huawei Mate 30 Pro Dahului Carta Penanda Aras DxOMark
- Panasonic Hentikan Perniagaan Beberapa Komponen Dengan Huawei
- Skrin OLED OnePlus 7 Pro Terima Penarafan A+ Selepas Diuji DisplayMate