Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lenovo Yoga C630 – Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam

Posted on September 3, 2018

Minggu lalu, Lenovo telah memperkenalkan Lenovo Yoga C630, sebuah laptop yang dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 850. Ia merupakan cip pertama yang dilengkapi dengan cip terbaru Qualcomm itu.

Menjalankan sistem operasi Windows 10, laptop ini juga mempertaruhkan ketahanan jangka hayat bateri yang mampu mencecah tempoh 25 jam tanpa dicas.

Tempoh tersebut dapat dicapai melalui penggunaan cip Snapdragon 850 yang menjana peranti dengan efisien. Selain itu, ia bermaksud Yoga C630 mampu bersambung dengan rangkaian LTE, sama seperti telefon pintar.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti dibawah.

  • Berat 1.2 Kg, Tebal 12.5mm
  • Ukuran skrin 13.3 inci IPS dengan keupayaan sentuhan
  • 2 Port USB-C
  • DisplayPort video output
  • Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5, GPS,dan pembesar suara stereo.
  • Storan UFS 2.1 dengan kapasiti 128GB atau 256GB
  • RAM 4GB atau 8GB
  • Slot kad sim, modem Snapdragon X20 LTE-A dengan sokongan Cat18 (muat turun 1.2Gbps, muat naik 150Mbps)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress