Hadir dengan rekaan yang diberi nafas baru berbanding model-model terdahulu, ia kini dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, skrin paparan 6.2 inci HD+ bersama rekaan takuk kecil untuk kamera swafoto 13MP dengan sokongan imbasan wajah.

Kamera belakang pula diletakkan dengan dwi lensa 13MP+2MP yang disertakan dengan ciri Nightscape untuk tambahkan lagi kualiti rakaman foto pada waktu malam dan Chroma Boost bagi meningkatkan warna serta mengurangkan gangguan pada hasil foto.
Ditawarkan pada dua variasi iaitu RAM 3GB /32GB dan 4GB/64GB, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4230mAh tetapi hanya dibekalkan pengecas 10W. Realme 3 menjalankan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie.

Disamping pelancaran versi Global, turut dilancarkan adalah Realme 3 khusus untuk pasaran India yang mana ia akan menggunapakai MediaTek Helio P70 sementara mengekalkan spesifikasi lain.
Mempunyai tiga pilihan warna, Dynamic Black, Radiant Blue, dan Black, harga jualan di India adalah 8999 rupee (~RM518) dan 10,999 rupee (~RM 633).
Sumber: Realme India
Berkaitan
- IPhone 6s Plus Menerima Potongan Sehingga RM700 Bagi Variasi 32GB Dan 128GB
- Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D
- Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android
- Samsung Galaxy M31s Dilihat Tampil Dengan Bateri 6000mAh Dan Exynos 9611
- realme Malaysia Catat Nama Dalam The Malaysia Book of Records
- Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz
- Huawei Akan Lancarkan 8 Produk 23 Februari Ini
- 3 Android Launcher Ini Sesuai Untuk Warga Emas Dan Rabun
- Lebih 30 Model Huawei Dan HONOR Akan Terima EMUI 10, Kemaskini Bermula November
- Qualcomm Perkenal Snapdragon 636, Menjanjikan 40% Lebih Prestasi