Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
INVITE – INFINIX HOT 30 SERIES

Infinix Malaysia Umum Tarikh Pelancaran Tiga Model Baru Dari Siri Hot 30

Diterbitkan Mac 31, 2023 oleh Helmi Samsuri

Nampakya dalam tempoh sehari dua ini Infinix Malaysia bakal mengharungi hari yang sibuk dimana pada tanggal 10 April 2023, tiga model telefon pintar bakal dibawa masuk.

Merupakan model adik-beradik dalam siri Hot 30, ketiga-tiganya bakal dikenali sebagai Infinix HOT 30 (versi FreeFire), Infinix HOT 30 dan Infinix HOT 30i.

Untuk makluman, siri HOT 30 sudah sedia dilancarkan secara rasmi di pasaran India. Dari segi spesifikasi, Infinix HOT 30 disana dilengkapi dengan skrin paparan LCD 6.78 inci diiringi resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dipadankan bersama pengecasan pantas 33W. Model ini masih mengekalkan lubang kegemaran ramai, bicu audio 3.5mm. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Helio G88.

Sementara itu, sebuah lagi model yang sudah rasmi di India adalah HOT 30i yang diperkasakan dengan cip Helio G37. Skrin paparan IPS LCD berukuran 6.6 inci, resolusi HD+, kadar segar semula 90Hz, RAM 8GB, 128GB storan, dan bateri 5,000mAh. Namun begitu, kadar pengecasan hanyalah 10W.

Berkaitan

  • Infinix Dedah Kolaborasi Dengan Free Fire Lancar Tak Lama Lagi
  • Infinix Dedahkan Pengecas 180W, Akan Rasmi Tahun Ini
  • Infinix Didakwa Membangunkan Teknologi Pengecasan 260W

Buat masa sekarang inilah spesifikasi yang bakal anda lihat jika Infinix Malaysia tidak melakukan perubahan untuk pasaran tempatan. Maklumat lain tentang harga dan jualan bakal dikongsikan pada tarikh pelancaran yang disebutkan diatas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY