Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panasonic Hentikan Perniagaan Beberapa Komponen Dengan Huawei

Panasonic Hentikan Perniagaan Beberapa Komponen Dengan Huawei

Diterbitkan Mei 23, 2019 ยท Dikemas kini Mei 23, 2019 oleh Helmi Samsuri

Umum telah maklum mengenai sekatan perdagangan yang telah dijalankan oleh Amerika Syarikat terhadap Huawei. Sejumlah syarikat teknologi seperti Google, Qualcomm dan Intel sedia mengumumkan penghentian urusan perniagaan dan kini, menambah satu lagi ke dalam senarai adalah Panasonic.

Dikatakan komponen yang terlibat adalah terhad dan tidak memberi impak kepada perolehan syarikat berpengkalan di Osaka itu. Difahamkan lagi, larangan berlaku bagi barangan yang mempunyai 25% atau lebih teknologi atau bahan berasal dari Amerika Syarikat.

Sebuah lagi syarikat, Murata Manufacturing yang difahamkan sebagai pembekal kapasitor kepada Huawei melalui wakilnya, menyatakan tidak terlibat dalam larangan penjualan tersebut. Sementara itu, Kyocera pula dilaporkan sedang meneliti larangan terbabit.

Sumber: Nikkei Asia Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY