Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kemaskini android huawei

Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?

Posted on Julai 20, 2020

Jika Mei tahun lalu, Huawei telah disekat daripada menggunakan Android dan setahun selepas itu, pengeluar berkenaan menerima lagi sekatan yang menghalang mereka dari berurusan dengan syarikat semikonduktor global.

Antara yang terkesan dengan peraturan baru tersebut seperti TSMC, WIN Semiconductor serta Samsung Electronic yang membekalkan cip pemproses, cip frekuensi radio serta memori untuk penghasilan telefon pintar Huawei.

Rentetan daripada isu tersebut, PhoneArena melaporkan terdapat khabar angin menyatakan Huawei P50 dan Mate 50 berkemungkinan hadir dengan cip Snapdragon 875. Ini selari dengan penganalisis KeyBanc Capital Markets, John Vinh yang terdahulu berpendapat Qualcomm mungkin membekalkan cip kepada peranti flagship Huawei. Pengeluar cip pemproses Snapdragon itu dikatakan akan memohon lesen dari Biro Perindustrian dan Keselamatan Jabatan Perdagangan untuk membekalkan cip mereka kepada.

Dalam masa yang sama, ada juga ura-ura Mate 40 dikuasakan dengan cip Kirin 1020 hanya ditawarkan secara eksklusif di China, sementara pasaran lain pula akan dilengkapi dengan cip MediaTek.

Mate 40 series with Kirin soc maybe china exclusive, Huawei will follow Samsung in terms of dual chip strategy due to the new chip ban.?

— Teme (特米)? (@RODENT950) July 17, 2020

Strategi penggunaan dua cip tersebut mungkin dibuat kerana Huawei memerlukan lebih cip lagi disebabkan penjualan Mate 40 diramal melebih 10 juta unit.

There are reportedly only 8 million processors there and Mate’s sales are often over 10 million units.

— Teme (特米)? (@RODENT950) July 17, 2020


Dikhabarkan Huawei sudah menempah 8 juta cip Kirin 1020 sebelum peraturan yang menyekat tempahan baru dibuat pada 15 Mei lalu. Peraturan tersebut tidak memberi kesan kepada tempahan yang sedia ada tetapi ia mestilah dihantar sebelum 14 September depan.

Perlu diingatkan ini hanyalah desas-desus yang kedengaran ketika ini sahaja. Sama ada Huawei akan benar-benar tampil dengan Snapdragon, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Phone Arena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress