Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate 30 pro

Huawei Mate 30 Pro Dahului Carta Penanda Aras DxOMark

Diterbitkan September 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Carta teratas penada aras DxOMark sedia didominasi peranti daripada Huawei dan kini ia disambung pula dengan model Huawei Mate 30 Pro. Walaupun dibelenggu dengan masalah tidak mempunyai servis dari Google, namun itu bukanlah penghalang kepada Huawei memberikan tetapan kamera berkuasa kepada siri baru ini.

Dengan skor 121, ia menjadikan Mate 30 Pro pendahulu carta DxOMark meninggalkan Samsung Galaxy Note 10+ 5G (117) dan dituruti Huawei P30 Pro (116). Skor keseluruhan Mate 30 Pro itu diperolehi daripada skor bagi kategori foto (131) dan video (100).

DxOMark Mate 30 Pro

Menurut DxOMark, kamera peranti ini mampu menghasilkan imej dengan tekstur serta perincian yang baik dalam apa jua keadaan dan mengekalkan hingar pada tahap terendah. Hingar kelihatan pada keadaan pencahayaan yang sangat rendah.

Dari segi warna dinyatakan Mate 30 Pro mempunyai keseimbangan bersama putih yang lebih stabil. Rakaman sudut lebar mendapat sedikit kritikan kerana sudut pandangan agak kecil berbanding pesaing lain tetapi kualiti imej tetap cemerlang.

Sumber: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY