Nikmati Internet Unifi Mobile 100GB Secara Percuma

Kehidupan digital masa kini memerlukan penggunaan data internet yang banyak. Ditambah dengan kos sara hidup yang kian meningkat termasuk pelan data yang agak tinggi bagi kebanyakkan penyedia telekomunikasi di Malaysia ini, tidak banyak pilihan bagi pengguna telefon pintar di negara ini.

Mujur ada sesetengah promosi di negara ini yang boleh membantu pengguna menikmati penggunaan data sehingga 100GB secara percuma. Masih ingat lagi anda tentang Unifi Mobile yang pernah kami kongsikan beberapa minggu lepas?

Telekom Malaysia (TM) sedang melakukan promosi untuk platform digital mereka dan memberi kad sim Unifi Mobile secara percuma. Ikuti langkah di bawah bagi mengetahui cara untuk menikmati pelan data sehingga 100GB secara percuma:

  • Muat turun aplikasi Unifi Mobile di peranti telefon pintar anda




Pilih 'I want to get a SIM' dan masukkan maklumat peribadi anda di dalam aplikasi tersebut.

  • Pilih berapa kad SIM yang anda mahukan




TM memberikan kuota data sebanyak 20GB untuk satu kad SIM dan jika anda memilih untuk mendapatkan 5 kad SIM, anda boleh menikmati jumlah data internet sebanyak 100GB secara percuma.

  • Pilih nombor telefon untuk setiap kad SIM




Di bahagian ini, anda perlu memilih nombor bagi setiap kad SIM yang anda pilih. Untuk mereka yang tidak bercadang untuk menjadi pengguna tetap, anda boleh memilih nombor telefon secara rawak.

  • Dapatkan kad SIM secara penghantaran atau memilih untuk mengambilnya sendiri




Di sini anda boleh memilih untuk mendapatkan kad SIM yang dipesan secara penghantaran ke rumah anda atau memilih untuk mengambilnya sendiri.

Penghantaran ke rumah/pejabat

Untuk penghantaran ke rumah/pejabat, perlu diingatkan yang anda akan dikenakan caj sebanyak RM 10.60 untuk setiap penghantaran anda. Setiap penghantaran memerlukan alamat rumah/premis tempat anda mahu kad SIM dihantar.

Ambil sendiri

Anda juga boleh memilih untuk mengambil kad SIM anda sendiri tanpa ada sebarang caj. Anda hanya boleh mengambil kad SIM anda di cawangan TM Point yang ditawarkan di dalam aplikasi Unifi Mobile.

Tiada caj akan dikenakan melainkan anda memilih untuk mendapatkan kad SIM secara penghantaran. Tempoh promosi akan berakhir pada 31 Mac 2018 dan stok kad SIM adalah terhad untuk satu juta unit.



Tapi anda harus ingat, jika anda tidak mahu meneruskan servis perkhidmatan Unifi Mobile, anda dikehendaki memulangkan semula kad SIM yang telah digunakan. Jika tidak anda boleh dikenakan bayaran denda. Pihak TM juga berhak mengambil kembali kad SIM anda pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki.



Selamat mencuba

Sumber