Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC Dijangka Perkenal 3 Model Telefon Pintar Penghujung Tahun Ini

HTC Dijangka Perkenal 3 Model Telefon Pintar Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan September 21, 2017 · Dikemas kini September 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Selain berita pengambil alihan Google keatas sebahagian syarikat HTC, pengeluar telefon pintar berpengkalan di bandar Taoyuan ini turut dilapor akan mengumumkan tiga model baru ke pasaran  Taiwan penghujung tahun 2017.

Tiga model yang terlibat itu menggunakan nama kod…

  1. Ocean Master,
  2. Ocean Lite dan
  3. Ocean Harmony

…dan  salah satu daripadanya adalah model berspesifikasi tinggi. Dikhabarkan tampil sebagai flagship, Ocean Master mungkin dilengkapi dengan skrin paparan 6 inci, kamera utama 12MP dan kamera selfie 8MP.

Ura-ura turut menyatakan ia akan ditawarkan dengan dua versi iaitu…

  1. RAM 4GB/ Storan dalaman 64GB dan
  2. RAM 6GB/ Storan dalaman 64GB

Sementara itu dua lagi model dijangka dipasarkan sebagai kelas pertengahan mungkin hadir dengan spesifikasi berikut.

Ocean Harmony

  • Skrin paparan 6 inci
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 64GB

Ocean Lite

  • Skrin paparan 5.2 inci
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 64GB

Ocean Lite dilapor dibangunkan bersama program Android One, dimana ia bakal beroperasi dengan sistem operasi Android asli Oreo disamping mengekalkan aplikasi kamera HTC.

Belum dapat dipastikan lagi tentang cip pemproses dan lain-lain spesifikasi mengenai ketiga-tiga model ini.

Sumber: Sogi via Mdroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY