Google Beli Sebahagian Dari HTC Dengan Nilai $1.1 Bilion

Setelah beberapa ketika spekulasi dibuat mengenai rancangan Google mahu mengambil alih sebahagian daripada HTC, ia kini telah rasmi berdasarkan pengumuman dibuat di blog Google.

Pengambil alihan bernilai kira-kira $1.1 bilion itu melibatkan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) HTC yang bertanggungjawab mengendalikan telefon pintar Google Pixel dan Pixel XL.

Menurut CFO HTC, Peter Shen, lebih kurang 2000 pekerja di bahagian terbabit akan menyertai Google, tetapi itu tidak menghalang mereka dari mengembangkan pengeluaran telefon pintar di masa hadapan. HTC dikatakan akan memperkenal 3 buah model dan pelancarannya dijangka berlangsung diantara November atapun Disember ini.

Langkah pembelian ini dilihat dapat memberikan Google akses kepada harta intelek HTC bertujuan memperkukuhkan lagi pengeluaran peranti Pixel pada masa akan datang.

Sumber: Google