Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HOVERAir VERSA 1

HOVERAir VERSA, Kamera Poket 2 Dalam 1 Boleh Terbang Berharga Dari ~RM2,422

Diterbitkan September 7, 2026 ยท Dikemas kini September 7, 2026 oleh ariff bukhari

Cuba anda bayangkan, sebuah kamera poket yang bukan sahaja merakam video 4K berkualiti tinggi, tetapi juga mampu terbang sendiri.

Itulah HOVERAir VERSA, inovasi terbaru daripada HOVERAir.

Dengan berat hanya 163g sebagai gimbal tangan dan 230g apabila dipasang kit penerbangan, ia mudah dibawa ke mana sahaja.

Kamera poket 2 dalam 1 ini dilengkapi sensor 1/1.3 inci dengan HDR 10-bit memastikan rakaman jelas, walaupun dalam cahaya rendah.

Keistimewaan VERSA ialah keupayaannya menggabungkan kamera gimbal stabil dan dron pintar.

Ia boleh terbang pada kelajuan maksimum sehingga 36 km/j, menahan angin tahap 5, serta dilengkapi ciri penjejakan AI ShadowTrack untuk mengekori subjek secara automatik.

HOVERAir VERSA 1
HOVERAir VERSA dilengkapi skrin haptik OLED bersaiz 1.64″.

Lebih 10 mod penerbangan kreatif tersedia, termasuk Orbit, Dolly Zoom dan Timelapse.

Reka bentuk kipas tertutup menjadikannya selamat digunakan berhampiran orang ramai.

Masih dalam kempen meraih sokongan di Indiegogo di mana setakat ini projek ini telah berjaya mengumpul lebih USD389,000.

Tawaran awal harga jualan bagi HOVERAir VERSA ini adalah bermula dari USD469 (~RM1,896) sehingga USD899 (~RM3,636) dengan penghantaran dijangka bermula Oktober ini.

HOVERAir VERSA, Kamera Poket 2 Dalam 1 Boleh Terbang Berharga Dari ~RM2,422

Berkaitan

  • DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • DJI Osmo Pocket 4P Kini Rasmi - Dilengkapi Dwi-Lensa, Harga Bermula RM2,419

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY