Honor View20 Terima Pelbagai Anugerah Pada Acara CES 2019

Baru-baru ini, kami ada melaporkan mengenai berita kehadiran Honor View20 ke pasaran tempatan pada 26 Januari ini.

Menambahkan lagi keterujaan peminat Honor dalam menantikan ketibaan peranti ini, model terkini Honor itu telah menerima pelbagai anugerah semasa acara CES 2019 tempoh hari.

Pengiktirafan tersebut telah diberikan kepada mereka oleh beberapa portal teknologi terkemuka antarabangsa. Anugerah yang diterima adalah seperti berikut:

1. Best of CES 2019 (Android Central)



2. Best of CES 2019 (Android Headlines)



3. Best of CES 2019 (Gadget Match)



4. Best of CES 2019 (Gear Diary)



5. Best of CES 2019 (GeekSpin)



6. Best Tech of CES 2019 (Mashable)



7. Best Smartphone of CES 2019 (T3)



8. Best in Show 2019 (Tech Advisor)



9. CES Top Pick 2019 (TechRadar)



10. Best Tech of CES 2019 (Trusted Review) - tiada gambar

11. Best Tech of CES 2019 (Ubergizmo)



Dengan penganugerahan ini, ia menjadi peranti Honor View20 ini sebagai antara peranti yang perlu diambil perhatian pada tahun ini.

Ini kerana, selain dilengkapi dengan cip tercanggih dari HiSilicon, Kirin 980, dwi-kamera utama 48MP+ToF serta rekaan skrin berlubang.

Honor View20 ini akan dilancarkan secara global pada 22 Januari ini dan dijadualkan tiba ke tanahair beberapa hari selepas itu.

 

Sumber: Honor Malaysia