Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor View10 Warna Merah Mula Dijual Hari Ini

Honor View10 Warna Merah Mula Dijual Hari Ini

Diterbitkan Februari 7, 2018 · Dikemas kini Februari 7, 2018 oleh Helmi Samsuri

Ketika diperkenalkan untuk pasaran dalam negara pada 12 Disember lepas, Honor View10 hanya ditawarkan dalam dua variasi warna iaitu, hitam dan biru.

Namun hari ini, 8 Februari, satu lagi pilihan warna, Crush Red, akan mula ditawarkan untuk bakal pembeli tempatan.

Honor View10 Warna Merah Mula Dijual Hari Ini

Penawaran dari Honor Malaysia ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran global pertama yang menerima warna Crush Red selain daripada China.

Honor View10 Warna Merah Mula Dijual Hari Ini

Kehadiran Honor View10 dengan warna Crush Red dilihat dapat memeriahkan lagi musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih yang mana kedua-duanya cukup sinonim dengan warna tersebut.

Bagi yang berminat, peranti yang berharga RM 2099 ini boleh dibeli dari Vmall dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Honor Malaysia  atau  Facebook Page Honor Malaysia.

Baca juga – Honor 7X Dijual Bawah RM1000 Selama Empat Hari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY