HONOR Umum MagicBook 14 Dengan Varian 16GB RAM Pada Harga RM2,999

HONOR Malaysia telah melancarkan MagicBook 14 dengan RAM 8GB dan 256GB SSD pada awal Julai lalu. Kini, MagicBook 14 diumumkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi iaitu 16GB RAM dan 512GB SSD.

MagicBook 14 bagi varian ini hadir dengan pilihan warna Space Gray dan ditawarkan pada harga RM2,999. Seperti varian sebelumnya, ia dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8.



Komputer riba ini akan mula dijual pada 24 Julai secara dalam talian melalui Hihonor serta kedai jualan rasmi di Shopee dan Lazada. Selain dalam talian, MagicBook 14 juga boleh didapati secara pra-tempah yang bermula 24 hingga 30 Julai di HONOR Experience Stores (HES) atau pengedar yang sah.



Setiap pembelian dalam talian atau secara pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM817. Antaranya adalah:

  • HONOR Bluetooth Mouse

  • Beg galas

  • HONOR Watch Magic ATAU

  • HONOR Sport Pro


Bagi pembelian secara terus di HES, MagicBook 14 akan mula tersedia pada 31 Julai. Setiap pembelian akan menerima HONOR Bluetooth Mouse, beg galas dan HONOR Scale 2.