Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic9 Pro Max -design debut at Venice Film Festival

HONOR Magic9 Pro Max Bakal Dilancarkan Pada 28 September Ini Di China

Diterbitkan September 11, 2026 · Dikemas kini September 11, 2026 oleh ariff bukhari

HONOR membuat kemunculan istimewa di Festival Filem Antarabangsa Venice dengan mendedahkan peranti sinematik mudah alih terbaharunya, HONOR Magic9 Pro Max.

Pada masa yang sama, HONOR turut mengumumkan kerjasama strategik dengan ARRI, pengeluar kamera profesional terkenal dunia, sebagai Rakan Strategik Pengimejan festival berprestij itu.

HONOR Magic9 Pro Max -design debut at Venice Film Festival-1
Magic9 Pro Max tampil dengan reka bentuk belakang moss green yang elegan, diinspirasikan daripada gaya visual sinematik dan dilengkapi teknologi ARRI LogC3 serta ARRI Wide Gamut 3.

Gabungan inovasi ini membolehkan pengguna menikmati kawalan warna dan pencahayaan hampir setaraf produksi filem profesional, sambil mengekalkan kemudahan rakaman melalui telefon pintar. 

HONOR Robot Phone on Venice International Film Festival -1
HONOR juga membawakan telefon robot pertama di dunia, Robot Phone sebagai Rakan Strategik Pengimejan Rasmi Program Promosi Antarabangsa untuk Filem Bahasa Cina di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-83.

Siri HONOR Magic9 dijadualkan dilancar di China pada akhir September ini turut mempamerkan lagi keupayaan pengimejan ARRI dan membawakan pengimejan sinematik gred profesional kepada generasi baharu pengguna mudah alih.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HONOR Jadi Jenama Telefon Boleh Lipat No.1 Di Malaysia Pada Q2 2026
  • HONOR X9e Pro Sah Akan Tiba Di Malaysia Dengan Spesifikasi Ekstrem

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY