HONOR MagicBook Pro Dan Honor Watch GS Pro Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pada awal bulan ini, HONOR telah mengumumkan beberapa produk terbaru mereka pada acara IFA 2020.

Antara produk yang diumumkan adalah HONOR Watch ES, HONOR Watch GS Pro, HONOR MagicBook Pro dan kemas kini HONOR MagicBook 14/15.

HONOR juga memperkuatkan lagi jenama mereka dengan meluaskan ekosistem melalui strategi 1+8+N all-scenario yang memfokuskan kecergasan, kreativiti, produktiviti dan hiburan.



HONOR MagicBook Pro yang terbaru ini hadir dengan Microsoft Windows 10 serta sistem perisian dan perkakasan yang dipertingkatkan bagi memberikan prestasi yang baik dalam produktiviti seperti kerja, hiburan dan permainan.

Selain itu, HONOR Watch GS Pro merupakan jam pintar terbaharu dari HONOR yang direka khusus untuk kegunaan lasak. Ia hadir dengan penggunaan bateri sehingga 25 hari. Ia juga memenuhi 14 Piawaian MIL-STD-810G kerana mempunyai ketahanan seperti suhu tinggi, suhu rendah dan lain-lain.

Buat masa ini, tiada lagi tarikh dan harga rasmi buat pasaran Malaysia diumumkan oleh pihak HONOR mengenai produk-produk ini.