Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MBP Touch Bar

Rekaan MacBook Pro Akan Dikemaskini – Sokongan MagSafe, Tiada Touch Bar

Diterbitkan Januari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, banyak spekulasi berkenaan MacBook Pro akan menerima kemas kini terutama dari segi rekaannya.

Kini, Apple dilaporkan sedang merancang untuk merombak semula model MacBook Pro ini memandangkan ia adalah sebuah komputer riba berprestasi tinggi daripada mereka.

Melalui ini, MacBook Pro dengan kod nama J314 (14 inci) dan J316 (16 inci) akan dikuasakan cip pemproses Apple Silicon yang dikatakan hadir dengan lebih banyak teras serta grafik lebih baik. Kemungkinan cip M1X seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Rekaan MacBook Pro Akan Dikemaskini – Sokongan MagSafe, Tiada Touch Bar
MagSafe

Selain pembaharuan dalaman, ia turut akan menggunakan paparan lebih baik dengan paparan lebih cerah dan kontras lebih tinggi.

Selain itu, bagi peminat Touch Bar, fungsi ini mungkin tidak akan kelihatan pada model baharu ini. Tambahan lagi, Apple juga mungkin akan kembalikan pengecasan magnetik – MagSafe pada MacBook Pro.

Apple juga akan mengemaskini rekaan bagi MacBook Air tetapi bukan dalam masa terdekat ini. MacBook Pro baharu ini dijangka akan diperkenalkan sekitar pertengahan 2021.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY