Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p50 pro+

Mungkin Ini Rekaan Huawei P50 Pro+, Hadir Dengan 6 Kamera

Diterbitkan Mac 26, 2021 ยท Dikemas kini Mac 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, rekaan Huawei P50 Pro didakwa tertiris dimana ia memperlihatkan modul kamera yang besar dan “unik”.

Terbaru, imej komputer telefon Huawei P50 Pro+ pula didedahkan dan kali ini, ia memperlihatkan rekaan modul kamera dengan lebih jelas di mana terdapat dua bulatan yang dimuatkan.

Mungkin Ini Rekaan Huawei P50 Pro+, Hadir Dengan 6 Kamera

Ia dijangka hadir dengan kamera periskop serta sebuah lagi kamera pada bulatan pertama. Sementara bulatan bawah tampil dengan tiga kamera dan satu sensor yang belum diketahui. Manakala, lensa tunggal bagi kamera swafoto ditempatkan pada bahagian hadapan.

Dalam pada itu, P50 Pro+ turut dikatakan bakal menjadi yang pertama menggunakan Sony IMX 800, iaitu sensor terbesar di dalam telefon.

Meski pun begitu, imej rekaan ini belum rasmi dan masih lagi dalam spekulasi. Oleh itu, kita perlu menunggu apakah penawaran yang bakal diberikan Huawei kelak.

Sumber: transmedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY