Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Boost

Boost Ada Fungsi Bayar Bil Automatik Tanpa Buka Aplikasi

Diterbitkan Julai 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Penggunaan e-dompet serta pembayaran dalam talian sudah menjadi kebiasaan bagi semua individu di Malaysia. Selain memudahkan, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan penularan COVID-19 terutama apabila di kawasan yang sesak.

Dengan ini, penyedia perkhidmatan e-dompet tempatan – Boost mempermudahkan lagi rakyat menerusi penawaran tiga ciri pembayaran baharu, iaitu AutoBills, MultiBills dan ViewBills.

Boost Ada Fungsi Bayar Bil Automatik Tanpa Buka Aplikasi

Melaluinya, pengguna kini dapat menekan bil di aplikasi Boost untuk mengurus, melihat, menjadual serta menjelaskan pembayaran bil.

Ini adalah ciri baharu tersebut:

  • AutoBills – Pengguna boleh menetapkan pembayaran bulanan berkala secara automatik seperti yang dijadualkan.
  • MultiBills – Ia adalah ibarat kita membeli belah di Shopee atau Lazada dimana pengguna boleh membayar bil serentak dengan satu butang sahaja.
  • ViewBills – Pengguna dapat mengetahui bahawa mereka bayar bil yang betul dan dapat melihat penyata bil dari aplikasi Boost.

Tambahan lagi, setakat ini Boost menyediakan lebih daripada 50 pembekal perkhidmatan bil dari sektor air dan elektrik, telekomunikasi, internet, Astro, pinjaman dan lain-lain.

Sumber: Siaran Akhbar Boost

Baca juga artikel berkaitan:

  • Siri Huawei P50 Dilancarkan, Hanya Menyokong Rangkaian 4G Sahaja
  • POCO X3 GT Tiba Di Malaysia – Berkuasa Dan Mampu Milik
  • Hati-Hati Dengan Gimik Jualan Murah Di Internet – MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY