realme sebelum ini mengesahkan kehadiran realme GT 2 Pro yang mana penawaran baharu dalam keluarga realme GT. Seperti namanya, telefon ini tampil dengan spesifikasi andalan bersama-sama rekaan lebih premium.
Berdasarkan laporan terbaru daripada 91mobiles, realme GT 2 Pro hadir dengan sisi yang rata dan rupa bentuk modul kamera serba baharu. Secara keseluruhan, ia mirip sekali dengan telefon yang pernah anda lihat satu ketika dahulu, iaitu Nexus 6P.
Terdapat tiga tetapan lensa yang mungkin ditawarkan di mana terdiri daripada dwi-lensa 50MP dan lensa GR 8MP. Lensa GR ini dikatakan mempunyai kemampuan fotografi yang baik serta mengurangkan ghosting.
Pada bahagian belakang lagi, panelnya dilengkapi seramik. Sementara sisi rata seperti logam. Manakala bahagian hadapan, berkemungkinan mempunyai paparan berlubang yang menempatkan lensa swafoto 32MP.
Pun begitu, belum ada maklumat khusus berkaitan spesifikasinya. Namun, ia dijangka dilengkapi memori 12GB RAM, storan 256GB USF 3.1, bateri 5000mAh dengan pengecasan 125W dan cip Snapdragon 888+.
Sumber: 91mobiles
Baca juga: