Beli Laptop Ini, Anda Dapat Bateri Tahan Lama, Harga Kompetitif Dan Hadiah Percuma Bernilai RM1017

HONOR kini memasuki industri PC global untuk kali pertama, dengan pemahaman pengguna internet yang mendalam.

Dalam satu langkah untuk mencipta pengalaman cerdas dan berhubung sepenuhnya untuk pengguna dalam semua senario, HONOR mengumumkan Intelligent Lifestyle, yang merujuk kepada integrasi ekosistem satu telefon pintar, lapan kategori produk tambahan yang berkaitan dan pelbagai peranti berkaitan pihak ketiga.

Siri HONOR MagicBook adalah sebahagian daripada tawaran IoT ini, yang menunjukkan komitmen HONOR untuk menghasilkan inovasi teknologi yang lebih banyak dalam pelbagai barisan produk dan mengekalkan pemikiran ke hadapan untuk dunia teknologi yang saling berhubung.

Kekal Aktif Sepanjang Hari


Salah satu aspek yang perlu diambil kira sebelum membeli komputer riba adalah daya tahan bateri. Kenapa? Saya berikan satu analogi untuk lebih mudah difahami. Anda seorang pelajar yang perlu melakukan tugasan secara berkumpulan. Di tempat perjumpaan pula, sukar untuk mendapatkan soket elektrik. Perkara ini seringkali menimbulkan masalah untuk melakukan kerja berkumpulan yang memerlukan komputer riba tersebut.

Tidak hanya kepada pelajar, bagi pekerjaan yang memerlukan perjumpaan dengan klien di pelbagai lokasi seperti kafe dan sebagainya, amatlah penting untuk mempunyai komputer riba yang mampu bertahan lebih lama.



Dengan HONOR MagicBook, ia dilengkapi kapasiti bateri yang besar bersaiz 57.4Wh. Digabungkan dengan teknologi pintar jimat tenaga yang unik, ia mampu bertahan sekitar 10 jam bagi penggunaan termasuk tugasan kerja, tontonan video, bermain permainan video dan melayari internet (bergantung kepada cara penggunaan).

Dengan itu, sudah tentu tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan mencari soket elektrik yang seringkali menimbulkan isu kepada lokasi perjumpaan.

Pengecasan pantas, 40% dalam masa 30 minit


Pengecasan penuh bagi komputer riba kebiasaannya mengambil masa yang agak lama. Tambahan pula bagi bateri yang berkapasiti besar. Boleh dikatakan, jika anda bangun tidur, siap dan makan pagi, bateri masih juga belum dicas penuh.



Lain pula bagi HONOR MagicBook yang menawarkan pengecasan pantas 65W dengan kepala pengecasan dua dalam satu bersaiz poket, serta menyokong pengecasan HONOR Quick Charge bagi telefon pintar.

Didatangkan dengan kabel Type-C, ia mampu memberikan 'nyawa' sebanyak 40% hanya dalam masa 30 minit dan sekitar 1 jam 15minit sahaja diperlukan bagi pengecasan penuh dari 0%.

Dengan masa yang diperlukan, anda tidak lagi perlu tergesa-gesa jika terlupa untuk mengecas komputer riba dengan lebih awal.

Prestasi bukan yang terbaik, namun mengagumkan


Direka untuk mengendalikan penggunaan harian, HONOR MagicBook dijana cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Pada bahagian memori pula, peranti ini hadir dengan RAM 8GB DDR4.



Reka bentuk memori dwi-saluran ini memberikan kelancaran untuk penggunaan berat. Sebagai contoh, hanya beberapa saat diperlukan untuk membuka perisian seperti Adobe Photoshop. Pada spesifikasi sebegini, anda masih boleh bermain permainan video seperti Dota dan sebagainya. Ia berada pada tahap baik jika ditetapkan dengan kadar sederhana atau lebih rendah.



Pada bahagian storan, ia dimuatkan dengan 512GB PCIe SSD. Berbanding SATA SSD, PCIe SSD mempunyai kelajuan read dan write 5 kali lebih pantas. Selain itu, anda juga boleh menyambungkan storan luaran dengan sokongan port USB-C yang dapat memindahkan data dengan pantas, USB 2.0 serta USB 3.0.

Sistem penyejukan dengan penggunaan berjam lamanya tanpa masalah


Anda mungkin pernah dengar atau alami keadaan di mana komputer riba terlalu panas sehingga mungkin sosej mampu dimasak dengan sempurna dalam keadaan suhu sebegitu.



Namun, perkara ini bukan masalah bagi komputer riba MagicBook. Setelah mencuba bermain permainan video sekitar satu jam, ia masih mampu mengekalkan suhu persekitaran yang rendah. Ini kerana, berbanding versi sebelumnya, bilangan bilah (blade) dalam komputer riba ini dipertingkatkan sehingga 49% yang memberi aliran kuasa lebih efektif.

Tambahan pula, ia didatangkan dengan keunikan rekaan bilah kipas berbentuk S yang dapat mengurangkan bunyi serta peningkatan pelesapan haba sehingga 38%. Boleh dikatakan, langsung tiada bunyi hingar dari kipas bagi penggunaan biasa seperti melayari internet.

Rekaan yang nipis dan ringan




Mempunyai rekaan yang nipis dan ringan dengan seberat 1.45kg, anda hanya memerlukan satu tangan sahaja untuk mengangkatnya. Sekaligus menjadikan ia lebih mudah untuk di bawa kemana-mana dengan rekaan yang lebih versatil dan minimalis.



Dilengkapi saiz skrin 14 inci dengan skrin paparan IPS LCD yang menyokong resolusi 1920 x 1080, ia memberikan pengalaman yang lebih 'syok' ketika menonton Netflix di malam hari menerusi skrin yang boleh dibaringkan.



Tambahan lagi, ia hadir dengan sokongan kuad pembesar suara dengan dua di sisi kanan dan kiri bahagian atas dan dua di bawah. Kualiti pembesar suara dengan sokongan audio Dolby Atmos ini berada pada tahap yang baik. Ia kuat dan masih mempunyai bass yang sedap didengar.

Pemindahan data sepantas kilat dan memudahkan


Pernah anda bayangkan pemindahan data tanpa kabel yang lebih pantas? Dengan fungsi Magic Link 2.0, ia membantu pengguna memindahkan fail antara komputer riba dan telefon pintar HONOR dengan menggunakan NFC tanpa memerlukan sambungan kabel.



Perkongsian fail seperti gambar dan video adalah sangat lancar dengan menggunakan fungsi ini. Hanya perlu leret dan lepaskan fail, foto atau muzik tersebut pada mana-mana lokasi dalam komputer riba. Ia mampu dipindahkan sepantas kilat.

Seperkara yang menarik adalah fungsi Multi-Screen Collaboration. Menggunakan mana-mana telefon pintar HONOR dan juga komputer riba seperti HONOR MagicBook, fungsi ini menjadikan kandungan skrin boleh dimuatkan pada skrin komputer riba HONOR.

Seterusnya, ia akan meningkatkan produktiviti kerana tidak perlu lagi membuka telefon pintar berulang kali yang agak memenatkan untuk melihat dua peranti dalam masa yang sama. Hanya menggunakan skrin komputer riba sahaja sebagai pusat kandungan digital yang lebih memudahkan anda.

Lebih selamat dengan imbasan cap jari




Tidak seperti komputer riba biasa, MagicBook ini hadir dengan ciri keselamatan imbasan cap jari pada butang kuasa. Berbanding kata laluan yang memerlukan sekitar 5 saat untuk diisi, hanya 1-2 saat sahaja diperlukan untuk membuka komputer riba dengan imbasan cap jari.

Yang lebih penting, komputer riba menjadi lebih selamat dan sukar untuk dipecah masuk oleh individu tertentu.

Harga


Secara keseluruhannya, HONOR MagicBook menawarkan hampir semua fungsi dan spesifikasi yang cukup baik. Sebagai contoh, pembesar suara kuad, jangka hayat bateri yang mampu bertahan sepanjang hari dengan pengecasan pantas 65W, pemindahan data yang lebih mudah dengan Magic Link 2.0, dan fungsi keselamatan imbasan cap jari adalah bukti yang terbaik untuk melengkapkan keperluan pengguna dalam memberikan pengalaman yang lebih baik.

HONOR MagicBook ditawarkan pada harga RM 2,299. Setiap pembelian terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,017 termasuk HONOR Magic Watch 2. Pembelian boleh dilakukan melalui laman sesawang HONOR Malaysia, Shopee, SenQ atau SenHeng bermula 12 tengah malam, 8 April 2020.