Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (8)

HONOR Acah Telefon Pintar Baharu, Harga Bawah RM1,500

Diterbitkan Februari 25, 2026 oleh Amalina Athman

HONOR kini mengacah kehadiran telefon pintar baharu yang direka dengan gabungan rekaan premium serta inovasi lebih mampu milik.

Menerusi teaser yang dikongsikan, peranti itu dilihat hadir dengan modul kamera berbentuk segi tiga yang mengingatkan kepada rekaan iPhone, serta dipadankan dengan bingkai logam yang memberikan penampilan seperti peranti flagship.

HONOR teelfon baru 2026_

Menurut HONOR, selain rekaan luaran yang menarik, telefon pintar ini juga bakal menawarkan kapasiti storan terbesar dalam julat harganya.

Buat masa ini, HONOR masih belum mendedahkan spesifikasi penuh mahupun harga rasmi peranti tersebut. Namun, syarikat itu mengesahkan peranti ini akan ditawarkan pada harga bawah RM1,500.

Maklumat lanjut dijangka diumumkan dalam masa terdekat menerusi halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta laman web rasminya.

Dalam perkembangan berkaitan, HONOR turut dijangka memperkenalkan beberapa inovasi baharu termasuk peranti konsep ‘Robot Phone’ serta telefon lipat Magic V6 pada acara Mobile World Congress 2026 (MWC 2026).

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • HONOR Kini Jenama Telefon Pintar No. 1 Di Malaysia
  • HONOR Rai Ulang Tahun Ke-5 Di Malaysia
  • HONOR Bakal Perkenal Magic V6, 'Robot Phone' Di MWC 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY